Sunday, 27 March 2011

Ya Allah, cinta dunia membawa aku ke murka-Mu..

Lekanya aku mengejar cinta dunia..
Sehingga aku tak sedar kemurkaan-Nya..
Aku leka mengejar keseronokan dunia..
Sehingga aku lupa segala syariat agama-Mu..

Terangkan hatiku menuju jalan-Mu..
Bimbinglah aku menuju jalan-Mu..
Tunjukkanku jalan lurus-Mu..
Ya Allah...

Peliharalah hatiku ini...

Thursday, 24 March 2011

Bilakah akan kutemui...

Salam..
petang sebelum azan maghrib berkumandang..
aku terfikir..
Bilakah akan kutemui cinta sejati..
Cinta yang dapat membimbingku membawa ke jalan Allah..
Jalan untuk mengingati pencipta alam semesta..

Ya Allah,
temukanlah aku dengan cinta sejati dari kaum Adam..
yang bisa membawaku ke jalan-Mu ya Allah..
sesungguhnya aku semakin keliru dengan diri sendiri..
dengan hatiku sendiri ya Allah..

Bilakah akan kutemuinya?

Terciptanya Nukilan Hatiku.

Salam buat pembuka bicara.
Di saat penghuni dibuai mimpi.
Aku memcipta sebuah blog peribadi sekadar untuk meluahkan apa yang di hati.
Sudah lama aku terfikir untuk membina sebuah blog yang hanya sekadar dijadikan sebagai satu simpanan dan nukilan hatiku sendiri.
Tapi baru hari ini ia terbina tanpa pengetahuan sesiapa sehinggalah ianya tercipta.

Ketika ini..
Aku keliru dengan hati aku sendiri.
Ketika hatiku mungkin dimiliki tetapi dalam waktu yang sama aku punyai rasa hati pada yang lain.
Kenapa ini berlaku?

Secara jujurnya sejak beberapa lalu aku dan dia memutuskan hubungan sebagai pasangan kemudian kembali merujuk semula, hati aku masih merasa kekosongan. Kosong.
Langsung tiada perasaan kasih pada si dia.
Namun sejak mengenali seseorang yang pada mulanya aku berkawan sekadar untuk mengenali sifatnya.

Kini.. aku mula tertarik pada si dia.
Curangkah aku?
Aku sendiri tak pasti.

Selamat Beradu.
 

Copyright © 2011 Reserved to Nukilan Hatiku Design with love by CikBulat