Thursday, 24 March 2011

Terciptanya Nukilan Hatiku.

Salam buat pembuka bicara.
Di saat penghuni dibuai mimpi.
Aku memcipta sebuah blog peribadi sekadar untuk meluahkan apa yang di hati.
Sudah lama aku terfikir untuk membina sebuah blog yang hanya sekadar dijadikan sebagai satu simpanan dan nukilan hatiku sendiri.
Tapi baru hari ini ia terbina tanpa pengetahuan sesiapa sehinggalah ianya tercipta.

Ketika ini..
Aku keliru dengan hati aku sendiri.
Ketika hatiku mungkin dimiliki tetapi dalam waktu yang sama aku punyai rasa hati pada yang lain.
Kenapa ini berlaku?

Secara jujurnya sejak beberapa lalu aku dan dia memutuskan hubungan sebagai pasangan kemudian kembali merujuk semula, hati aku masih merasa kekosongan. Kosong.
Langsung tiada perasaan kasih pada si dia.
Namun sejak mengenali seseorang yang pada mulanya aku berkawan sekadar untuk mengenali sifatnya.

Kini.. aku mula tertarik pada si dia.
Curangkah aku?
Aku sendiri tak pasti.

Selamat Beradu.

No comments:

 

Copyright © 2011 Reserved to Nukilan Hatiku Design with love by CikBulat